
Assalamualaikum
Banyak projek yang saya semak yang dilaksanakan oleh beberapa consultant, bermasalah pada shared coordinate, dan menyebabkan coordination antara inter-displin lari apabila di link bersama di dalam Navisworks, terutamanya Ketika sesi coordination untuk site dan external work.
Untuk makluman Revit ada 3 system coordinate yang perlu difahami.
1) Base coordinate. (coordinate dalam revit)
2) Shared Coordinate (Real geo-location coordinate)
3) Origin Coordinate (X,Y,Z)
Coordinate yang paling penting untuk kita
kita tukar adalah shared coordinate, dan sebaik-baiknya base coordinate jangan diusik, biarkan ia pada 0,0 dan berada pada intersection grid A dan 1.
Maka di sini saya nak kongsikan diagram cara yang telah saya laksanakan bagaimana untuk memasukkan “real geo location coordinate” dalam revit file, dan coordinate itu dikongsikan kepada semua link file jika projek itu melibatkan beberapa bangunan blok , dan juga di kongsi kepada semua file untuk semua displin yang menggunakan revit.
saya harap flow diagram saya yang tidak seberapa ni membantu. kalau terdapat kesalahan boleh maklum saya.
Untuk makluman step ini sepatutnya dilaksanakan pada permulaan projek, dan selepas ia telah dilaksanakan, setiap kali Link file, boleh guna link using shared coordinate.
Sekian.
Ar Ahmad Zulkamal.

Gambar 1 : Work flow process untuk shared coordinate

Gambar 2 : Kaedah untuk acquired atau publish coordinate