top of page

Sesi sharing #2 – Dokumentasi Architecture. Visibility Graphic.

Jul 27, 2024

2 min read

0

7

0

Hasil dari pengamatan saya dalam industry BIM architecture di Malaysia lebih dari 10 tahun ini, boleh saya katakan ramai di luar sana boleh menghasilkan model yang baik, tetapi tidak pada dokumentasi yang baik. Masalah utamanya adalah lemahnya pemahaman dan penguasaan dalam penggunaan view template, Visibitly graphic dan Filter.


 

Visibilty graphic (VG).

Visibilty graphic merupakan element yang mengawal line thickness dan pattern pada surface dan sectional sesebuah komponen mengikut category dalam revit dan setiap view mempunyai ‘Own setting’ VG.

Dalam revit ada 3 jenis visibility graphic yang perlu kita kuasai.


 1) Override VG by element. 

Menggubah VG pada ‘selected’ individual komponen yang kita pilih shj. Contoh kita pilih 1 wall, bila ubah VG, hanya wall yang kita pilih sahaja ubah. Wall lain tidak berubah


 2) Override VG by component. 

Menggubah VG mengikut kategori komponen wall, window , floor etc. Sebagai contoh jika kita tukar VG pada wall, ia akan menggubah semua graphic wall pada view yang kita ubah.


 3) Override VG by Filter 

ini merupakan VG yang paling advance dimana ia akan menggubah graphic mengikut Parameter pada kategori yang kita set. Sebagai Contoh setting filter : parameter height pada wall. Jika Wall melebih ketinggian 1500mm graphic akan override. Maka apabila kita set, hanya wall yang melebih 1500mm sahaja akan bertukar graphic, dan wall yang tidak melebihi 1500mm height tidak akan berubah.


 


Gambar 1: Visibility menu


Gambar 2: Contoh Model revit yang mempunyai dokumentasi yang baik







VIEW TEMPLATE 

View template adalah satu SAVE setting pada view yang telah kita set dari segi scale, VG, LINK, workset, phase, etc.(rujuk gambar). Sebagai contoh: kita ada 100 drawing yang menggunakan view template yang saya nama kan X yang kita save. Jika saya edit VG pada view template ini, ia akan 'effect' kesemua 100 drawing yang mengguna view template X.


View template merupakan element terpenting untuk menjaga standard dan kualiti drawing kita dan juga dapat menjimatkan masa dalam penghasilan dokumentasi. Sebagai contoh rujuk gambar, saya boleh ubah drawing Lukisan Awalan saya kepada drawing PBT yang mempunyai warna dengan hanya mengubah view template shj.


 

Gambar 3: View Template setting


Gambar 4 : Boleh menukar lukisan awalan kepada lukisan PBT submission dengan 1 click



harapnya perkongsian bermanfaat.


Note : saya ada lampirkan beberapa contoh dwg yang pada pandangan saya dokumentasi nya adalah baik.




Comments

Share Your ThoughtsBe the first to write a comment.

© 2024 by AZ ARCHITECT. All rights reserved.

013-4018787

  • Whatsapp
bottom of page