top of page

Sesi Sharing 4# - parameter – type , instance, project, shared parameter

Jul 27, 2024

2 min read

1

7

0


Assalamualaikum, lama saya tidak membuat sesi perkongsian disebabkan masalah Kesihatan dalam 2 bulan ni. Perkongsian hari ni mungkin penulisan shj, sbb malas nak letak diagram dan gambar. Nanti bila rajin saya tambah.


Maka hari ni saya kongsikan sedikit pemahaman saya pada APA ITU PARAMETER pada pemahaman saya mengikut pengalaman saya guna revit lebih dari 14tahun. ( jika salah boleh betulkan)


BIM pada istilah ringkas, adalah satu management yang melibat penggunaan MODEL BERINFOMASI. Infomasi dalam revit dipanggil PARAMETER. Apabila anda memahami dan pakar menggunakan parameter dalam revit, anda boleh menambah infomasi yang anda perlukan dalam sesuatu projek dan juga anda mudah untuk membuat atau membina Parametric Family component yang mempunyai pelbagai parameter yang anda inginkan yang boleh di schedule di dalam main file Revit.


 

Revit mempunyai 5 jenis parameter utama:


1) Default Parameter


2) Family Parameter


3) Project Parameter


4) Shared Parameter


5) Global Paramater


 Dan Setiap jenis Parameter kecuali Global pula mempunyai 2 jenis parameter iaitu:


1) Type Parameter


2) Instance Parameter


 


_________________________________________________________________________________________



 TYPE PARAMETER


Bahasa paling senang untuk saya terangkan ia sama seperti Component dalam sketch up. Jika Anda ada Component A (satu) dan Component A (dua), jika anda edit salah satu, kedua-dua compenent/parameter akan berubah.


 

 INSTANCE PARAMETER


Bahasa paling senang untuk saya terangkan ia sama seperti group dalam sketch up. Jika Anda ada group A (satu) dan group A (dua), jika anda edit salah satu, Hanya group/parameter yang anda edit sahaja akan berubah,


_______________________________________________________________________________________


1) DEFAULT / SYSTEM PARAMETER


ini merupakan parameter built in yang telah ada dalam revit bagi setiap category dan component dalam revit. Anda tidak boleh edit dan ubah.


2) FAMILY PARAMETER


ini merupakan parameter family yang paling ramai orang tahu dan faham. Ia merupakan parameter bagi setiap category family dalam revit. Anda boleh customize parameter dan tambah parameter yang anda inginkan di dalam family samada type atau instance Parameter. Namun ia tidak boleh digunakan untuk Tag dan schedule apabila ia di upload di dalam main file.


 3) PROJECT PARAMETER 


Parameter level intermediate. Ia merupakan customize parameter yang boleh di tambah dalam skop project bagi main file. Parameter ini boleh diwujudkan dan diletakkan secara multiple category samada type atau instance dan ia boleh digunakan untuk schedule tetapi tidak pada Tagging.


 4) SHARED PARAMETER


Parameter level Advances. Ia merupakan satu parameter yang boleh dicustomize dalam betul txt file. Dan text file ini boleh digunakan untuk diassign pada family parameter dan juga project parameter. Apabila ia digunakan parameter ini akan boleh di link kan bersama dan digunakan untuk tujuan schedule dan tagging.


Shared parameter apabila telah dibangunkan, ia merupakan harta berharga paling sesebuah company yang menggunakan revit, dalam menetapkan suatu standard parameter untuk company tersebut yang tidak boleh ditiru oleh company lain. (melainkan dia dpt txt file tersebut atau template project tersebut).

Sebagai contoh , Template JKR, anda akan perasan terdapat banyak parameter yang telah dibangunkan untuk mencapat objektif yang telah ditetapkan dalam garis panduan JKR dari LOD 100 sehingga LOD 500.


 5) GLOBAL PARAMETER


Parameter yang paling ramai tak perasan dan tidak gunakan. Boleh lihat link dibawah kalau nak faham. Susah nak explain walaupun ia simple je sebenarnya.


 https://www.youtube.com/watch?v=U6v9gXGraE0



Sekian.

Ar Ahmad Zulkamal



Comments

Share Your ThoughtsBe the first to write a comment.

© 2024 by AZ ARCHITECT. All rights reserved.

013-4018787

  • Whatsapp
bottom of page