top of page

#SHARING 5 – DONT DO IN REVIT

Jul 27, 2024

2 min read

1

10

0

Assalamualaikum, hari ni saya nak share sikit cara saya menyemak model-model BIM yang saya terima kat JKR untuk projek BIM yang melibatkan Design n Build dan Perunding. So saya share disini mana la tahu ada yang dalam kalangan ahli kat group ni ada masuk projek JKR, so jangan ulangi kesalahan ni balik. Even ada kontraktor yang lantik BIM consultant pun model haru – biru bila check.


 Normally untuk JKR projek, JKR dah sediakan satu senarai semakan audit checklist. -Model Requirement Checklist Architect. Maka, pastikan anda minta senarai checklist ni untuk pastikan model yang dibangunkan mengikut requirement yang JKR kehendaki



__________________________________________________________________________


Tapi focus post ni, saya nak share kesalahan common yang pada pendapat saya ia merupakan pantang larang dalam penggunaan revit. Antaranya adalah :


 

 1) Penggunaan Text manual yang sangat banyak.

- Menggunakan text bukan la menjadi suatu kesalahan, ia boleh digunakan pada detail-detail dan beberapa lokasi lukisan yang diperlukan, Namun, apabila menggunakan Revit adalah sebaiknya gunakan parameter atau keynote untuk menghasilkan description secara automate yang anda ingin annotate kan pada lukisan. Elakkan menggunakan text manual yang terlampau banyak kerana ia akan menyebabkan ada kemungkinan berlakukan percanggahan maklumat antara model dan lukisan kelak dan akan menyebabkan redundant work.








2) Penggunaan import cad yang sangat banyak

- Saya jadi confuse, ni nak buat revit ke cad?? Bila guna cad objektif untuk penggunaan BIM boleh saya katakan tidak tercapai. BIM ini merupakan “Model with information”. Bila kita menggunakan cad, ia hanya sekadar lukisan 2d yang tidak boleh digunakan untuk mencapai objektif BIM seperti coordination di NAVISWORK.

- Namun, anda boleh menggunakan cad untuk diimport pada revit dan dibersihkan layer nya untuk penghasilan lukisan detail atau tipikal detail.



3) Tidak menggunakan schedule untuk extract maklumat seperti jadual pintu, tingkap, legend dan spec.

- BIM is about information. So pastikan anda menggunakan schedule untuk extract segala maklumat yang ada inginkan supaya boleh menggelakkan pencanggahan maklumat seperti saiz, spec dan kuantiti.


4) Shared coordinate tidak disetup

- Ini merupakan perkara terpenting yang perlu di setup sebelum bermulanya sesuatu projek. Kalau salah, kacau bilau la nanti time coordination, Boleh rujuk post saya yang terdahulu https://www.facebook.com/share/p/eJ2XZgQ4ETaCmjCT/


5) Tidak Menggunakan View Template atau Visibility setting langsung tidak setup.

- Ini merupakan element terpenting dalam revit untuk menghasilkan lukisan yang berkualiti. Kita bukan sekadar ingin Model yang berintegriti dan mantap, tapi penghasilan dokumentasi perlulah berkualiti. Boleh refer post saya berkenaan isu ini https://www.facebook.com/share/p/L35kZ8MC4RVPSAPa/



__________________________________________________________________________


Diharapkan perkongsian ini bermanfaat. Untuk makluman, segala penulisan diatas hanyalah sekadar pandangan aku sebagai User yang telah menggunakan Revit lebih dari 14 tahun. Kalau ada salah boleh maklum ye.



Note:


Dalam post ni saya ada share beberapa lukisan model revit yang saya komen. Bukan untuk menjatuhkan, tetapi sesama belajar. We all make mistake and keep learning


 


Ar Ahmad Zulkamal Bin Mohd Ziyadi

Comments

Share Your ThoughtsBe the first to write a comment.

© 2024 by AZ ARCHITECT. All rights reserved.

013-4018787

  • Whatsapp
bottom of page